Thursday, December 12, 2024
NAJIS PALING MAHAL
Thursday, December 5, 2024
TOK AWANG NGAH : SIRI 2 - POKOK PETAI MENCABAR BERTARUNG
BARU saja mahu melelapkan mata isteri saya menggerakkan kerana ada orang memanggil dari tengah halaman. Dalam keadaan terkuap-kuap itulah saya memetik lampu lalu membuka pintu hadapan. Seorang lelaki separuh umur terkial-kial menupang motorsikal hondanya.
"Maaflah ustaz saya mengganggu..." cepat-cepat dia bersuara sebaik saja pintu terbuka.
Saya tersengih-sengih sambil terkuap-kuap. Mata memang sudah mengantuk walau pun baru pukul 10 lebih. Tetapi sudah menjadi kelaziman saya tidur awal sedikit kerana akan bangun semula pada tengah malam. Bangun tengah malam ini pun bukanlah dilakukan setiap malam, cuma saya lakukan apabila malam Jumaat. Saya akan melakukan Sunat Tahjud diikuti dengan Sunat Tasbih juga.
"Maaflah ustaz" ulangi lelaki berkenaan.
"Tak apa, silalah masuk..." saya mempelawanya.
"Tak payahlah ustaz" sahutnya terus mara ke pintu rumah saya. "Saya nak minta tolong pada ustaz. Aki Sahak yang suruh panggil ustaz" katanya.
Wednesday, December 4, 2024
KHASIAT KAKI AYAM
Banyak alasan yang diberi, antaranya, tak ada isi, jijik, konon nya kerana kaki ayam itu diguna untuk mencakar segala macam benda, dan berbagai alasan lagi.
Saturday, November 23, 2024
TOK AWANG NGAH : SIRI 1 - ULAR DALAM KUBUR WANITA
Semasa orang-orang kampung mengkebumikan jenazah Latip Pekak, didapati kubur Mak Yot Bidan berlubang kira-kira sebesar lilitan betis. Apabila dijolok oleh Lebai Piut ke dalam, kayu penyolok itu sampai ke bawah. Berbunyi papan liang lahadnya ketika diketuk-ketuk.